Friday, December 4, 2015

Zina : Jauhilah ia anakku.

Posted by kotak kosong at 1:01 AM
01.12.2015

Assalamualaikum wbt sweetie pie.. Mungkin kamu masih lagi tidur masa dan ketika ini. Atau mungkin kamu sedang menyusahkan kakak kamu. Ummi tidak tahu, tetapi, setiap saat ini ummi memikirkan kamu. Sebagai seorang ibu, layak untuk ummi merasa risau akan perkembangan kamu. Bagaimanakah kamu nanti. Bolehkah kamu menjaga diri dengan sebaiknya, mampukah kamu menahan diri dengan godaan dunia. Seeloknya, ummi ingin kamu tahu tentang semua ini sebelum kamu melangkah keluar dan meninggalkan kami. Agar kamu berjaga jaga. Dunia, walau ia boleh seindah yang kamu inginkan, tetapi, salah langkah mu, kelam jua anakku.

Di usia kamu semakin meningkat, semakin membesar, ummi percaya, kamu akan menjadi seorang wanita yang mempunyai paras rupa. Pasti ramai yang akan mengintai kamu. Dan itu yang ummi risaukan. Ummi risau jika kamu bangga dengan rupa paras kamu, ummi risau jika kamu mula menayangkan apa yang kamu ada. Kerana dari situ lah, bermulanya segala zina. Zina bukan setakat bersentuhan sayang, ia mulanya dari zina hati dan mata. Longgarkan pakaianmu, labuhkanlah tudung kamu. Tundukkan wajahmu. Agar yang mampu melihat kamu adalah orang yang benar benar layak saja.

Percaya, jika orang yang baik itu hanya untuk orang yang baik.. begitu juga sebaliknya. Penzina untuk penzina jua. Bila ummi membaca berita berita semasa, ummi risau dengan anak anak di rumah. Apa yang mereka buat, ke mana hala tuju mereka nanti. Sayang, ummi tidak melarang untuk kamu berkawan. Ceritalah dengan ummi. Biar ummi kenal siapa kawan kamu. Mungkin bila kamu dewasa, ummi nampak endah tak endah, tapi hati yang semakin tua ini sentiasa risaukan kamu.

Ummi tidak mengetahui apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Pada zaman ummi pon pelbagai isu yang timbul. Bagaimana pula zaman kamu nanti? Selesakah kamu, atau sama saja, atau mugnkin lebih teruk lagi. Walau apa pun terjadi sayangku, tolong, jagalah hati mu.. Jadilah wanita yang tertutup, insyallah, selamat dunia dan akhirat kamu. Tak mengapa andai tiada sesiapa pun, tapi jangan sampai kamu tiada agama.


Dari seorang wanita yang sentiasa mengingatimu,
ummi 
aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea